30.4.10 4 comments received

Hasil ~8~

Assalamualaikum..

Pada 29 april 2010..tesisku telah siap dijilid dan beginilah rupanya

perasaan: gembira dan terharu melihat tesisku ini..mengharapkan dapat gred yang baik untuk projek tahun akhir ini =)

~MeLin~
30 April 2010; 3:10 AM
29.4.10 2 comments received

Tiga tahun yang singkat ~7~

Pejam celik..pejak celik, perjalananku sebagai seorang mahasiswa di Universiti Putra Malaysia (UPM) akan berakhir secara rasminya pada 29 April 2010..tak sangka masa begitu pantas berlalu..bagai baru semalam ianya bermula. Imbas kembali saat mendapat tawaran meneruskan pengajian di UPM dalam bidang Sains (Alam Sekitar), memang aku gembira kerana impianku untuk ke menara gading termakbul jua. Bidang ini memang pilihan pertamaku dalam senarai lapan pilihan bidang pengajian semasa UPU. Apa yang bermain di benak fikiranku ketika itu, “UPM?jauhnya…ALAM SEKITAR??erm” blur sekejap kerna tiada pengetahuan sangat tentang bidang ini. Tapi aku redha dengan ketentuan takdirNya. 

1 Julai 2007.. Hari pendaftaran..titik permulaanku sebagai pelajar Kolej Tun Perak, Fakulti Pengajian Alam Sekitar dan juga UPM..bermula dengan minggu orientasi (Minggu Perkasa Putra) dan seterusnya proses menuntut ilmu dari semester ke semester telah mengajarku dan mengenalkanku pelbagai perkara serta mengajarku menjadi manusia yang lebih berdikari dalam mencari identiti dan kesempurnaan diri. Di bumi UPM ini, aku bermula dengan merangkak, bertatih kemudian berjalan dan sekarang aku sudah mampu berlari dengan tersenyum lebar. Bukan sekadar akademik malah aku juga ilmu memberi dan menerima, menghargai ukhwah yang terjalin dan penting sekali merasai bagaimana kehidupan berada di bawah pabila telah berada puncak sebelum ini. Pengalaman yang takkan dilupakan dan akan dikenang sepanjang hidupku selepas ini. 

Misi untuk mendapatkan segulung ijazah hampir sempurna insya Allah..sekalung penghargaan ku tujukan pada para pensyarah yang gigih mencurahkan ilmu tanpa kenal erti jemu..yang pasti masa yang telah berlalu takkan dapat diundurkan semula tapi jasa mereka serta jejak ukhwah antara aku dan mereka yang bercambah di bumi UPM ini akan tetap berkekalan hingga akhir hayatku. Mereka disini adalah rakan sekelas ku Bacelor Sains (Alam Sekitar) 2007-2010..mereka, rakan di blok Kasturi serta Kolej Tun Perak..dan juga mereka, rakan yang pernah aku kenali secara tidak langsung. Kalian semua adalah yang terbaik antara yang terbaik di luar sana. Aku doakan kalian berjaya dalam haluan hidup masing-masing. Dalam setiap pertemuan tetap ada saat perpisahannya..Kerana Allah kita ditemukan..Andai terpisah itu sudah ketentuanNya.

~MeLin~
29 April 2010; 1:52 AM
27.4.10 2 comments received

Sumber Alam Semakin Tenat ~6~

Dalam Surah Ar-Rum, ayat 41...

Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki supaya manusia merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, supaya mereka kembali (ke jalan yang benar).

Renungkanlah..bumi sudah tua, udara yang kita sedut makin kotor, sungai yang menjadi punca utama air minum makin berkurang bilangannya, flora dan fauna khazanah hutan makin pupus..

Manusia sebagai khalifah di atas muka bumi ditugaskan untuk memakmurkan bumi bukan untuk membinasakannya


tepuk dada, tanya minda...bukan tanya selera


~MeLin~
2 comments received

Teman..kaulah INSPIRASIKU ~5~

Teman sejati memang sukar untuk diperoleh.. bukan mudah meletakkan perhubungan itu sebagai perhubungan yang sejati.
 
Tiga tahun usia sebagai seorang mahasiswa UPM dalam misi untuk mengejar segulung ijazah kini semakin sampai ke penghujungnya..Aku bersyukur Ya ALLAH.. kerana di bumi UPM ini telah menemukan aku dengan mereka..bersyukur kerana terjalin ikatan persahabatan antara aku dan mereka..bersama mereka tercipta pelbagai peristiwa serta kenangan pahit manis yang sentiasa segar sebagai memori indah dalam perjalanan hidup yang singkat ini. Kenangan yang tercipta akan terus subur mewangi dalam hatiku sentiasa.

Di saat aku jatuh, merekalah mengambalikan semangatku..di saat aku leka merekalah menyedarkan aku supaya berpijak di bumi yang nyata..di saat aku memerlukan sokongan, mereka sentiasa bersama membantuku..di saat aku buntu, merekalah pendengar yang setia. Mereka mampu buat aku tersenyum,bercerita dan bergelak ketawa.




Bumi UPM menjadi saksi ikatan ukhwah yang tulus antara aku dan mereka..biarpun selepas ini jarak bakal memisahkan kita, masing-masing bakal punyai hidup sendiri..namun jauh di sudut hatiku begitu sukar untuk aku peroleh lagi teman seperjuangan seperti mereka kerana mereka tiada galang gantinya.


Selagi kita masih bersama sama di bumi bertuah ini, takkan aku biarkan setiap masa yang berharga itu berlalu begitu sahaja. Ingin terus ku tambah memori indah antara kita. Itulah hasratku sebelum kita meninggalkan UPM tercinta ini, juga sebelum melabuhkan tirai kehidupan sebagai seorang mahasiswa.

 
Kepada Mu Allah kupanjatkan doa agar berkekalan kasih sayang kita..Kepada Mu juga Ya Allah kupohon restu-Mu agar kita kekal bersatu.

::Ingatku dalam doamu sentiasa wahai teman.. Amin::


~MeLin~
25.4.10 0 comments received

Words of the day ~4~


"Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"

24.4.10 0 comments received

Macam siput!!! ~3~

Assalamualaikum

Lembab macam siput!! Silap hari bulan siput lagi cepat dari kamu!! Argh!!!


Kali ni nak cerita pasal perkhidmatan wifi kt kolej aku iaitu Uspot. Apa yang buat aku hangin sangat ni masalah yang berulang kali timbul yang dihadapi oleh aku dan kawan-kawan aku iaitu perkhidmatan Usopt yang LEMBAB!! Dari aku 1
st year sampai dh jadi final year nie, aku memang bengang dengan Uspot!! Masalah terkini pasal Uspot neh adalah pas dah log in dengan jayanya, bila nak masuk google ke facebook ke atau nak mencari maklumat untuk assignment dan sebagainya, hanya keluar "cannot display the web page"

Sapa tak sakit hati kan..dah refresh banyak kali pun sampai lenguh jari2 menekan butang refresh tu pun tak bagi kesan apa2pun..kononnya excellent la sangat kan signal speed Uspot neh sampai nak search apa2 pun tak dapat!! Hampeh! Jadi sesuailah sangat status Uspot neh dengan siput..Ambik kau! Demi nak online jugak, aku menggagahkan diri la ke library besar. Dah makin bosan melayan kerenah Uspot yang hanya gah pada nama tapi perkhidmatan kelas ketiga! Cakap tak serupa bikin la.


MeLin
~24 April 2010; 10:25 PM~

22.4.10 0 comments received

FinaL Exam terakhirku ~2~

Assalamualaikum


Setiap pelajar yg belajar di universiti akan menghadapi peperiksaan akhir setiap semester mengikut jurusan masing-masing..tak kira la pelajar IPTA atau IPTS, dan berapa subjek yang di ambil pasti akan melalui final exam.

Begitu juga dgn diriku. Walaupun dh semester akhir dan pelajar tahun akhir tetapi xrasa pun mcm 2! Nk tau knapa? Sebabnya bermula dari masuk semester 6 lagi, kesibukan nya luar biasa sikit..hahahaha..assignment toksah kata berlambak-lambak, tambah dengan penulisan tesis lagi. Kalau buat kerja last minit lagi lah terasa beban yang ditanggung.

Berbalik kpd final exam, semester terakhir ini ambil 7 subjek..tapi hanya 4 subjek saja yg ada final exam iaitu:


PRINSIP UNDANG UNDANG ALAM SEKITAR

METODOLOGI ALAM SEKITAR

TEKNOLOGI PENGOLAHAN SISA PEPEJAL

ENVIROMETRIKS


Doakan aku dpt buat yang terbaik..Chayok2 MeLin!!




MeLin
~21 April 2010; 8:46 PM~
2 comments received

Cubaan pertama ~1~

Assalamualaikum


Salam perkenalan daripadaku, hanyalah insan biasa..seorang pelajar tahun akhir Bacelor Sains (Alam Sekitar) UPM 2007-2010 yg baru berjinak-jinak menjadi seorang blogger dan menjadikan blog ini sbg landasan baginya mencurahkan perasaan yg terdetik di hati.

Diri ini, seorang insan yg sedang belajar memperbaiki diri, mematangkan fikiran seiring dengan peredaran waktu dan usia yang semakin meningkat dan meningkat dewasa.


credit to: Cik Lily and Cik Nida for helping me to familiar with blogspot!



MeLin
~ 21 April 2010; 2:08 AM ~
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
 
;