28.9.10 0 comments received

5 Sahabat yang dicari-cari ~48~

Pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya,

“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”

1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya) .

3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.



23.9.10 0 comments received

Kerja..oH..Kerja ~46~

Saya sudah tidak tanam anggur lagi di rumah.
Otak yang dah berkarat sudah mula diasah kembali.
Mula bangun seawal pagi dan balik hampir senja.
Dah tahu dan rasa penatnya mak ayah yang keluar kerja untuk mencari duit untuk menampung hidup.
Sedang belajar berdikari serta mengutip pengalaman kerja di tempat orang.
Doakan semuanya baik-baik aja ya.



0 comments received

Zzz ~45~


Saya sangat MenganTok la!


16.9.10 0 comments received

Secebis rasa..semadah bicara ~44~

Saling mencintailah hanya kerana Allah,
Saling menyayangilah hanya kerana Allah,
Saling membahagiakanlah hanya kerana Allah,

Kerana hanya Allah-lah yang dapat
menimbulkan rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.


Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
 
;