30.11.10 1 comments received

Menangis kehilanganmu

-15.11.2010-

pasti ku ingati tarikh ini kerna...

pada tarikh ini aku telah kehilangannya.
kehilangan besar dan tinggalkan kesan amat mendalam.
selama 3 tahun kita bersama..bermula dari menara gading lagi.
tiada ku sangka dan terlintas sama sekali akan kehilanganmu.
ia berlaku sekelip mata..pergi tanpa meninggalkan jejak.
pergi bersama sama semua memori yg disimpan kemas.
memori dan kenangan manis antara keluarga dan teman.

percaya semua yang berlaku ada hikmahnya.
biarpun bakal ada pengganti tapi pasti tak kan sama sepertimu.
aku redha!

Terima kasih 'Lat' atas segalanya.
maafkan aku kerna tidak menjadi tuan yang baik dan cuai dalam menjagamu.
Akan ku pastikan diri ini menjadi tuan yang lebih baik buat pengganti dirimu nanti

=.='
18.11.10 0 comments received

Sabar hadapi ujian-Nya

Alhamdulillah Ya Allah kerana memberikan lagi peluang untuk ku bernafas hari ini.

Hidup ini adalah ibarat roda, kekadang kita berada di bawah kekadang kita berada di atas. Dalam kita menjalani kehidupan kita sehari-hari kita pastinya akan diuji.


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta. " (Surah Al-Ankabut: ayat 2-3)

Allah S.W.T. menjadikan manusia dalam keadaan yang berbeza beza sama ada diberi kesenangan, kesusahan, kelemahan, kemiskinan, kelaparan dan sebagainya. Setiap yang diturunkan adalah untuk menguji keimanan seseorang hambaNya.


Orang-orang mukmin yang diuji dengan berbagai-bagai kesusahan hidup di dunia dan bersabar menghadapinya akan mendapat kedudukan yang mulia disisi Allah S.W.T. Orang yang demikian beroleh pahala yang lebih tinggi daripada orang-orang yang mengerjakan ibadat lain.

"Demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." (Surah Al-Baqarah: ayat 155)

**sedang tabah menghadapi ujian dunia. Barang yang lepas usah dikenang lagi. Segalanya hanya pinjaman buat kita dan pemilik kekal segalanya adalah Ya Rabb**
13.11.10 0 comments received

-14.11.10-

Ada apa dgn tarikh ini?

Kembali ke KL setelah berhujung minggu di Perlis kampung halaman terchenta!
Sejak kerja,baru 2 kali dpt balek umah..itupun kejap je =.='

And will miss them like orang gilak after dis :
1. keluarga terchenta
2. kucing-kucing yang makin gomok skrg
3. cik Elite sy
4. kakak tersayang sy
5. kawan2 juga

-home sweet home-


Yang lebih istimewa tentang 14.11.10 ini adalah hari lahir Nor Farah Fadila Razi, kakak angkat saya..

Terima kasih akak for everything!

Selamat Hari Lahir my lovely sis :)
Semoga sentiasa berada di bawah lembayung rahmat dan kasih-Nya Yang Maha Esa
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki hendaknya
Ingatan terhadapmu tak pernah pudar dan padam bahkan ia sentiasa menyala dalam hati ini selamanya selagi ada hayat ini
11.11.10 1 comments received

tarikh keramat

-10.10.10-

**my graduation day**

"sebulan sudah berlalu
masih terasa nyaman dan segarnya pagi itu
selamanya kekal dalam ingatanku"


**my family**

"hajat ku tercapai sudah..Syukran Ya Rabb"


-3.11.10-


22 years old already!

Syukur dan Alhamdulillah Ya Allah atas segala rahmat dan kasihmu ke atas hambamu ini
selama masih ada hayatku sekarang

jutaan terima kasih buat insan yang tersayang:
*ibu dan ayahku yg melahir dan membesarkan diri ini*
*adik-adik yang setia bersama sama dan menerima seadanya diri ini*
*sahabat handai jauh dan dekat yang sentiasa di sisi memberi sokongan,dorongan dan motivasi yang tak terkira banyaknya pada diri ini tanpa kenal erti jemu*

-tanpa kalian tiada lah ku mampu teguh berdiri dan berjalan di atas muka bumi pinjaman dari Yang Maha Esa ini-

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
 
;