27.2.11 1 comments received

Alhamdulillah :)

Segala rezeki datang dari-Nya yang Satu.
Syukur!

**sedang menyesuaikan diri dengan tempat baru**
13.2.11 0 comments received

Bila kah agaknya...

dah lama berangan-angan nk kurus atau lebih tepat lagi bermaksud aku nak mengurangkan berat badan ku ini dan mengurangkan juga segala lemak lemak tegar di badan. Bukan untuk kecantikan semata mata tapi niat utama untuk kurus adalah nak menghindarkan penyakit berbahaya yang mudah menyerang golongan obesiti nie. Jadi..



SAYA NAK KURUS BOLEH TAK??

:D



**kawal nafsu makan la lepas nie T_T kalau tak mimpi je la melin oi nk kurus**
11.2.11 0 comments received

Alahai bosannya.

Kebosanan sangat sekarang sebab:

1- rumah sedang dibaikpulih. sepatutnya sebelum Chinese New Year boley siap tapi sampai ke saat ini masih belum siap maa~~

2- duduk rumah di kawasan perumahan bosan rupanya T_T yang aku nampak pagi pagi depa keluar g kerja, petang petang depa balik daripada kerja terus duduk rumah ja. adakah hidupku begitu nanti pabila sudah bekerja? oh takut nak bayangkan T_T

3- rumah diduduki sekarang tiada internet. tiada tm streamyx ok!oh no ini menambahkan kesunyian hari-hariku 0_0 <--akibat terlalu dimanjakan dengan internet dari zaman belajar lagi beginilah akibatnya. sangat tidak sihat! haha. jadi hiburan aku hanya ditemani kehadiran kucing kucing jiran yang comel-comel sampai depa tak reti2 nak balek umah tuan depa. habislah~~

4- asal keluar jalan jalan cari makan ja duit poketku yang kononnya berkepuk-kepuk jugak la dalam dompetku akan tinggal beberapa helai saja apabila pulang dari berjalan jalan. tidak sempat bertahan selama seminggu. Boros ok O_o

**rasanya tu jela kot main point kebosanan aku sekarang. harap bila dah kerja rasa bosan akan berkurang :D **
1 comments received

Andai dapat ku undurkan masa

Jika masa boleh diputar kembali, aku memilih mahu kembali ke zaman matrikulasi dulu iaitu masa aku belajar di Kolej Matrikulasi Perlis, Arau (KMP) :D

Kenapa zaman matrik? masa kt KMP dulu itulah kali pertama merasai duduk asrama dan bermakna duduk berjauhan dengan keluarga. Bajet cam jauh la sangat kan Beseri dengan Arau tu.Hahaha. Kali pertama jugalah aku berdikari duduk dengan rakan-rakan kenalan baru daripada pelbagai negeri di Malaysia. Perasaan mula-mula masuk tu cuak beb sebab aku nie lambat mesra dengan orang yang baru nk berkenalan. Nasib la batch aku masuk ni ramai jugak ex-dermarian yang masuk KMP. So, tak dak la nak risau sangat :)

Macam macam sebenarnya zaman matrik ni mengajar aku. Aku belajar kenal sikap dan nilai perangai orang, belajar bergaul dengan orang dari negeri lain selain Perlis, belajar menyemai semangat setiakawan dan saling perlu memerlukan satu sama lain dan lain-lain :)

Kalau bercerita bab kenangan, aiseyman banyak kot pengalaman pahit dan manis. Memori suka dan duka tapi tak best la nk bercerita bab duka dan pahit kan. Kenangan manis yang aku paling ingat dan akan selalu dikenang ialah pengalaman aku dan kawan kawan aku blok Umi Salamah (Blok B2) menubuhkan pasukan futsal bernama Red Riding Hood FC (baik punya nama!). Team futsal ini ditubuhkan bersempena menyertai pertandingan futsal antara blok kediaman di KMP. Yang lagi dahsyatnya aku jadi penjaga gol beb! Caya tak? Hahaha. Walaupun team kami hanya berjaya menduduki tempat ke-4 dalam pertandingan tu tapi yang betul betul menyentuh hati aku adalah semangat yang ditunjukkan oleh rakan-rakan sepasukan dan juga tak lupa penyokong blok B2 yang turun memberikan sokongan kepada team Red Riding Hood. Jelas ketara semangat bantu membantu dan saling memerlukan terserlah dalam pasukan kami. Itulah antara kenangan paling best dan rock beb antara semua kenangan terindah yang lain yang telah tercipta di KMP!

Bila ingat KMP hati mesti jadi sentimental dan mulalah layan lagu-lagu mengusik jiwa seperti Kenangan Terindah by Samsons. Masa zaman matrik jugak aku ingat lagu-lagu yang tengah femes seperti lagu Dewi, My Heart, Pencinta Wanita, Kerana Wanita Ingin diMengerti, Janjiku, Bila Diri Disayangi(lagu evergreen), Pastikan (lagu CT beb) dan banyak lagi lah. Yang tersenarai ni antara lagu yang sinonim dengan halwa telinga aku. HaHa :)

Dulu port lepak aku dengan kawan kawan kat aras 3 kalau xdak keja adalah di suatu tempat yang kami gelarkan "hujung dunia". Nilah port kami ramai-ramai dok usha orang lalu lalang. pasangan couple pun ada. Ops! hahaha. Zaman remaja nakal-nakal camtu la. Ngeh3

**tengah angin rindu pada kawan2 KMP sebab ada mimpi kalian, hope leh gathering balik, jumpa suma nanti** ^_^
7.2.11 0 comments received

06022011

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran yang ke 51 buat ayahanda yang tersayang.
Doa anakmu ini semoga dipanjangkan umur. dimurahkan rezeki sentiasa dan dikurniakan kesihatan yang baik setiap hari..


"Ya Allah, kau peliharalah kedua orang tuaku seperti mana mereka memelihara diriku sejak dari kecil lagi" -Amin-
4.2.11 0 comments received

banyaknya habuk!

lama tak update blog ni.
sebenarnya dok tengok ja blog bila guna internet tapi tak dak idea nk menulis.
entah la cam makin malas nk update. lebih banyak mencurah rasa kt facebook sekarang :)
lebih rajin blogwalking blog kawan-kawan je.
tak lama lagi mungkin dah kurang berfacebook, dah kurang blogwalking.
sebab dah nak mula kerja. kerja pun kat perlis. alhamdulillah rezeki..
dok umah sendiri, duit nanti insya allah boley simpan sikit sikit. guna untuk belanja makan dan duit minyak keta ja.
doakan yang terbaik :)
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
 
;