24.4.10

Macam siput!!! ~3~

Assalamualaikum

Lembab macam siput!! Silap hari bulan siput lagi cepat dari kamu!! Argh!!!


Kali ni nak cerita pasal perkhidmatan wifi kt kolej aku iaitu Uspot. Apa yang buat aku hangin sangat ni masalah yang berulang kali timbul yang dihadapi oleh aku dan kawan-kawan aku iaitu perkhidmatan Usopt yang LEMBAB!! Dari aku 1
st year sampai dh jadi final year nie, aku memang bengang dengan Uspot!! Masalah terkini pasal Uspot neh adalah pas dah log in dengan jayanya, bila nak masuk google ke facebook ke atau nak mencari maklumat untuk assignment dan sebagainya, hanya keluar "cannot display the web page"

Sapa tak sakit hati kan..dah refresh banyak kali pun sampai lenguh jari2 menekan butang refresh tu pun tak bagi kesan apa2pun..kononnya excellent la sangat kan signal speed Uspot neh sampai nak search apa2 pun tak dapat!! Hampeh! Jadi sesuailah sangat status Uspot neh dengan siput..Ambik kau! Demi nak online jugak, aku menggagahkan diri la ke library besar. Dah makin bosan melayan kerenah Uspot yang hanya gah pada nama tapi perkhidmatan kelas ketiga! Cakap tak serupa bikin la.


MeLin
~24 April 2010; 10:25 PM~

0 comments received:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
 
;