31.5.10 0 comments received

Dan Bila Esok ~20~


Dan bila esok - Sofaz -

di dalam hati selalu tersimpan
rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
kau diam tanpa kata
saatku ungkap semua rasa
di saat ku ingin dekat denganmu
kau semakin jauh meninggalkanku
dan kau diam tanpa kata
saatku ucap semua rasa
dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
tuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya
dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
tuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya
mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatiku
untuk cinta yang pernah engkau miliki
untuk selama-lamanya
dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
untuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya
26.5.10 2 comments received

Cinta vs CINTA ~19~

Ada sorang lelaki buta. Semua orang bencikan dia, kecuali kekasihnya. Lelaki itu selalu berkata, “Saya akan mengahwini awak di saat saya boleh melihat.” Suatu hari, ada orang dermakan mata kepada lelaki itu. Akhirnya dapat juga lelaki itu melihat. Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, bila dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut kerana kekasihnya juga buta.
Kekasihnya bertanya, “Sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang?” Tanpa sebarang alasan, lelaki itu menolak. Kekasihnya tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata. “Tolong jaga mata saya baik-baik…”

p/s: Cintai seseorang kerna hati nuraninya, bukan hanya memandang fizikalnya semata-mata..Yang muda akan tua jua nanti, rupa paras tidak mampu bertahan hingga hari tua tapi hati yang suci murni itu kekal selamanya insya Allah.
23.5.10 1 comments received

Cinta Sejati Langit dan Laut ~18~

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit kepada laut, warna langit sama dengan warna laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘aku cinta padamu’ ke telinga langit. Setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan. Suatu hari,datang awan..

Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ketengah-tengah langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi, tentu sahaja tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan laut dan langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang mengganggu.

Dengan tiupan yang keras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan terhadap langit. Kerana berasa tersiksa dengan perasaan cintanya mengunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisah. Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara laut dan langit, di situlah mereka berpacaran.
21.5.10 2 comments received

(^_^) ~17~

Assalamualaikum

Hai semua, hehe...ari nie (21/5/10) merupakan hari yang best bagi diriku..sebabnya aku menghadiri kelas amali untuk lesen kereta. Penceramah sangat sempoi habis dan xkering gusi dengar dia berceloteh dan berjenaka..selepas mendengar ceramah, kami semua diberi peluang yang takkan dilupakan sampai bila2..kerana diberi peluang memandu kereta!! first time ok in my life =)

Perasaan mula-mula 2 toksah cakap la..berdebar dan cuak gila..aku dan 3 orang lagi rakan kena "test drive" dengan Cikgu Amir.. mula-mula rasa Cikgu nie cam garang tapi Alhamdulillah dia sebenarnya sangat baik! tak tipu punya..perasaan cuak makin menggila bila jd org pertama kena panggil ngn Cikgu Amir. xterkata apa2 dah masa 2..Adoi! Mendoakan tak kan berlaku apa2 di luar dugaan..

Bila masuk ja dlm kereta, cikgu tanya "pernah bawak kereta x?", aku apa lagi cakap la "xpernah encik, nie 1st time dok tempat pemandu nie"...hahaha. Lepas tu, Cikgu Amir pun bagilah penerangan mcm mana nk kawal stereng dan sebagainya..yang paling best tu masa kena naik bukit!best la sbb bila tekan minyak laju ja kereta tu bergerak mendaki bukit. lepas tu, yang xbestnya ada satu masa 2 terlepas clutch cepat,mati lah enjin kereta.Adoi..tu jelah yang spoil skit.huhu..besa lah kan tengah belajar memnadu lagi, yang dh pro pun kadang2 berlaku jugak perkara yang sama.

Kesimpulannya, bukan semua perkara permulaannya mudah..bukan semua benda yang kita mahukan akan didapatkan dengan begitu mudah. Ada rintangan dan onak duri yang bakal ditempuhi dulu..perlu bersusah2 dahulu, bersenang2 la kemudian. Kesilapan yang dilakukan itu lah yang akan kita ingat dan kenang.

~MeLiN~
20.5.10 0 comments received

Must Watch ~16~

MiaoLurveWafuPafu

sumber




19.5.10 2 comments received

Blur ~15~

Assalamualaikum..


Dh hampir seminggu blog nie bersawang..hampir seminggu jugak kekeringan idea untuk menulis di sini..seperti kurangnya benda yang menarik untuk dikongsikan bersama..aku lebih gemar menjadi silent reader untuk blogger lain..lebih suka membaca daripada meninggalkan komen..pernah di tegur oleh seorang rakanku kerana baca tapi x tinggalkan komen..tp itulah gaya aku :)

Sebenarnya, sudah 18 hari aku berada di rumah..bermakna sudah 18 hari juga aku bergelar PENGANGGUR..hahaha..hari-hari yang dilalui sekarang ibarat orang tiada arah jer..haila..rutin harian sekarang lebih banyak mengadap lappy jer..pastu makan,tidur,makan,tidur. Diet pun dh tunggang langgang :( Dush3x (penumbuk buat diri sendiri)

Bila bukak lappy, mesti akan cek e-mail, tgk ade panggilan temuduga kerja ke x tapi malangnya sampai entry ini ditulis, masih belum ada rezeki buatku..hukhuk :( Bila tgk rakan2 lain di FB, ada yang dh smbung MASTER, ada yang dh dpt interview dan dah hadiri interview, ada yang buat kerja part time..bgus nya mereka..mereka sangat bertuah bagi saya kerana ada perkara yang menarik berlaku dalam kehidupan mereka sekarang..Mungkin masaku belum tiba lagi..Bersabarlah wahai hati~~hariku belum tiba lagi..

harapanku sekarang moga aku berjaya mendapatkan lesen memandu secepat mungkin, cepatlah masuk bulan Jun sebab nk tau result final sem, pastu nk apply kerja via SPA. Selagi xtau result memang agar sukar untuk misi pencarian kerja terutamanya kerja kerajaan. Jadi, kesimpulannya, cepatlah masa berlalu..cepatlah terisi kekosongan yang melanda diri sekarang.

"Ya ALLAH, permudahkanlah langkahku..permudahkanlah urusan duniawiku ini"

**Amin**

  ~MeLin~

13.5.10 0 comments received

Permulaan yang baik ~14~


Alhamdulillah, dengan pertolongan-Nya aku berjaya LULUS ujian teori undang-undang jalan raya dengan jayanya..Walaupon xdapat nk challange markah kwn aku 2 tp xpa,janji lulus.hehe..


Perjuangan masih belum berakhir, baru dikira mendapat tiket untuk meneruskan perjalanan mendapatkan lesen memandu percubaan (P)..mengharapkan sinar di akhir perjuangan (^_^)













~MeLin~
10.5.10 0 comments received

Apa Ku Kisah ~13~



Bercerita lagi, lagi dan lagi
Tentang penggantiku dah kau jumpa
Uh.. dia lebih bergaya
Bicara semanis kola!
Dia itu, dia ini, dia la la la...

(pre chorus)
Mungkin kau tak tahu
Ku tak seperti dulu
Selama bersama
Ku bukan dicinta, tapi diperguna
Hanya sia-sia

(chorus)
Apa ku kisah?
Kau mainkan rasa
Kau punca segala
Kau takkan berubah
Apa ku kisah?
Kini ku berdiri
Rela ku sendiri
Tak lagi peduli
Apa ku kisah?
Akan tiba satu masa
Kau akan terkena
Apa ku kisah?
Apa ku kisah? apa? apa ku kisah?
Apa ku kisah? Apa ku kisah?

Dulu ku memang naïf
Sekarang dah naik tariff
Keinsananmu hilang
Janji langsung tak pegang
Aku tak kisah sama siapa engkau bersama
Kau umpama musuhku untuk sekian lama

Kepala pusing
Pusing tidak menentu
Aku bosan caramu
Buatku bercelaru
Orang suka kata-kata yang dusta
Sebelum kau jadi ratu
Baikku jaga (ka-ching) di saku

(pre chorus)

(chorus)

Tak kisah tak peduli
Di sana kau berdiri
Rasa resah gelisah
Kerana ku tak peduli
Dengan segala kata janji
Yang tak mungkin terjadi
Tak mungkin terjadi

(chorus)
9.5.10 0 comments received

Buatmu Ibu ~12~

Buat ibuku tersayang..

Roslina bt Ramli

Happy Mother's Day!!!

Ibu lah yang telah melahirkan ku ke dunia ini..
Telah menjaga ku dan mendidikku sepenuh kasih sayangmu..
Menjadi teman berbicara dan teman ketawa..
Akan ku balas segala jasamu ibu..
Akan ku bahagiakanmu..


5.5.10 0 comments received

hLovate ~11~

Assalamualaikum..


Aku bukanlah peminat novel tegar...tapi apabila aku mula membaca karya-karya daripada hlovate, ia bagai ada satu aura yang kuat menarikku untuk terus membaca novel-novel nukilan hlovate..teknik penceritaannya yang unik, santai dan menarik dan penggunaan ayat yang digunakan dalam setiap novel nya mantap sekali dalam menyampaikan maksudnya. Alhamdulillah aku telah berjaya membeli semua novel tulisannya dan inilah pertama kali aku mengumpul novel dan menjadikan koleksi aku yang paling aku sayangi..bermula dari "5 tahun 5 bulan" hinggalah paling terkini adalah "versus". Setiap satunya terkandung mesejnya yang tersendiri.
-Kisah Along dan Johanna-
-Kisah Addin dan Benz-
-Kisah Schubert 's Serenade-
-Kisah Jade dan Trisy-
-Kisah Addin dan Benz serta Magnificent 7 suatu masa dulu-
-Kisah Ked's Story-
-Kisah AO dan Minn-
~MeLin~

4.5.10 4 comments received

Andai ~10~

andai ku mampu gapai sang suria
kan ku sinari hari-harimu..
andai ku mampu memetik bulan dan bintang
kan ku hadiahkannya buatmu..
andai ku mampu terbang di langit biru
kan ku terbang mencarimu..
andai ku mampu berlari sederas angin
kan ku lari mengejarmu..
andai ku mampu menongkah lautan
kan ku lakukan untuk bersamamu..
namun..tiada ku mampu..tiada dayaku..
hanya mampu untuk bermimpi..
hanya mampu mecoretkan rasa dan kata-kata indah untuk ku sematkan di hatimu teman.

~MeLin~
3.5.10 0 comments received

F.R.I.E.N.D.S ~9~

Assalamualaikum...

Kali ini biarkan gambar yang menceritakan saat-saat manisku bersama mereka..
Jatuh bangunku bersama mereka selama 3 tahun
..
Gelak ketawaku bersama mereka..



p/s: harap kalian suka dengan "hadiah" tersebut =)




Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
 
;