21.5.10

(^_^) ~17~

Assalamualaikum

Hai semua, hehe...ari nie (21/5/10) merupakan hari yang best bagi diriku..sebabnya aku menghadiri kelas amali untuk lesen kereta. Penceramah sangat sempoi habis dan xkering gusi dengar dia berceloteh dan berjenaka..selepas mendengar ceramah, kami semua diberi peluang yang takkan dilupakan sampai bila2..kerana diberi peluang memandu kereta!! first time ok in my life =)

Perasaan mula-mula 2 toksah cakap la..berdebar dan cuak gila..aku dan 3 orang lagi rakan kena "test drive" dengan Cikgu Amir.. mula-mula rasa Cikgu nie cam garang tapi Alhamdulillah dia sebenarnya sangat baik! tak tipu punya..perasaan cuak makin menggila bila jd org pertama kena panggil ngn Cikgu Amir. xterkata apa2 dah masa 2..Adoi! Mendoakan tak kan berlaku apa2 di luar dugaan..

Bila masuk ja dlm kereta, cikgu tanya "pernah bawak kereta x?", aku apa lagi cakap la "xpernah encik, nie 1st time dok tempat pemandu nie"...hahaha. Lepas tu, Cikgu Amir pun bagilah penerangan mcm mana nk kawal stereng dan sebagainya..yang paling best tu masa kena naik bukit!best la sbb bila tekan minyak laju ja kereta tu bergerak mendaki bukit. lepas tu, yang xbestnya ada satu masa 2 terlepas clutch cepat,mati lah enjin kereta.Adoi..tu jelah yang spoil skit.huhu..besa lah kan tengah belajar memnadu lagi, yang dh pro pun kadang2 berlaku jugak perkara yang sama.

Kesimpulannya, bukan semua perkara permulaannya mudah..bukan semua benda yang kita mahukan akan didapatkan dengan begitu mudah. Ada rintangan dan onak duri yang bakal ditempuhi dulu..perlu bersusah2 dahulu, bersenang2 la kemudian. Kesilapan yang dilakukan itu lah yang akan kita ingat dan kenang.

~MeLiN~

2 comments received:

NueLz said...

"besa lah kan tengah belajar memnadu lagi, yang dh pro pun kadang2 berlaku jugak perkara yang sama..."

(ps: ello...dont find other's fault..bluekss)

MeLiN said...

juz a reminder to me as a newcomer

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
 
;