19.5.10

Blur ~15~

Assalamualaikum..


Dh hampir seminggu blog nie bersawang..hampir seminggu jugak kekeringan idea untuk menulis di sini..seperti kurangnya benda yang menarik untuk dikongsikan bersama..aku lebih gemar menjadi silent reader untuk blogger lain..lebih suka membaca daripada meninggalkan komen..pernah di tegur oleh seorang rakanku kerana baca tapi x tinggalkan komen..tp itulah gaya aku :)

Sebenarnya, sudah 18 hari aku berada di rumah..bermakna sudah 18 hari juga aku bergelar PENGANGGUR..hahaha..hari-hari yang dilalui sekarang ibarat orang tiada arah jer..haila..rutin harian sekarang lebih banyak mengadap lappy jer..pastu makan,tidur,makan,tidur. Diet pun dh tunggang langgang :( Dush3x (penumbuk buat diri sendiri)

Bila bukak lappy, mesti akan cek e-mail, tgk ade panggilan temuduga kerja ke x tapi malangnya sampai entry ini ditulis, masih belum ada rezeki buatku..hukhuk :( Bila tgk rakan2 lain di FB, ada yang dh smbung MASTER, ada yang dh dpt interview dan dah hadiri interview, ada yang buat kerja part time..bgus nya mereka..mereka sangat bertuah bagi saya kerana ada perkara yang menarik berlaku dalam kehidupan mereka sekarang..Mungkin masaku belum tiba lagi..Bersabarlah wahai hati~~hariku belum tiba lagi..

harapanku sekarang moga aku berjaya mendapatkan lesen memandu secepat mungkin, cepatlah masuk bulan Jun sebab nk tau result final sem, pastu nk apply kerja via SPA. Selagi xtau result memang agar sukar untuk misi pencarian kerja terutamanya kerja kerajaan. Jadi, kesimpulannya, cepatlah masa berlalu..cepatlah terisi kekosongan yang melanda diri sekarang.

"Ya ALLAH, permudahkanlah langkahku..permudahkanlah urusan duniawiku ini"

**Amin**

  ~MeLin~

2 comments received:

Anonymous said...

sape yang dah sambung master tu melin???

MeLiN said...

budak2 laki majoriti sambung..ngee

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
 
;