27.4.10

Teman..kaulah INSPIRASIKU ~5~

Teman sejati memang sukar untuk diperoleh.. bukan mudah meletakkan perhubungan itu sebagai perhubungan yang sejati.
 
Tiga tahun usia sebagai seorang mahasiswa UPM dalam misi untuk mengejar segulung ijazah kini semakin sampai ke penghujungnya..Aku bersyukur Ya ALLAH.. kerana di bumi UPM ini telah menemukan aku dengan mereka..bersyukur kerana terjalin ikatan persahabatan antara aku dan mereka..bersama mereka tercipta pelbagai peristiwa serta kenangan pahit manis yang sentiasa segar sebagai memori indah dalam perjalanan hidup yang singkat ini. Kenangan yang tercipta akan terus subur mewangi dalam hatiku sentiasa.

Di saat aku jatuh, merekalah mengambalikan semangatku..di saat aku leka merekalah menyedarkan aku supaya berpijak di bumi yang nyata..di saat aku memerlukan sokongan, mereka sentiasa bersama membantuku..di saat aku buntu, merekalah pendengar yang setia. Mereka mampu buat aku tersenyum,bercerita dan bergelak ketawa.




Bumi UPM menjadi saksi ikatan ukhwah yang tulus antara aku dan mereka..biarpun selepas ini jarak bakal memisahkan kita, masing-masing bakal punyai hidup sendiri..namun jauh di sudut hatiku begitu sukar untuk aku peroleh lagi teman seperjuangan seperti mereka kerana mereka tiada galang gantinya.


Selagi kita masih bersama sama di bumi bertuah ini, takkan aku biarkan setiap masa yang berharga itu berlalu begitu sahaja. Ingin terus ku tambah memori indah antara kita. Itulah hasratku sebelum kita meninggalkan UPM tercinta ini, juga sebelum melabuhkan tirai kehidupan sebagai seorang mahasiswa.

 
Kepada Mu Allah kupanjatkan doa agar berkekalan kasih sayang kita..Kepada Mu juga Ya Allah kupohon restu-Mu agar kita kekal bersatu.

::Ingatku dalam doamu sentiasa wahai teman.. Amin::


~MeLin~

2 comments received:

NueLz said...

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku


Kau, Kawan, Sahabat & Teman
by UNIC

MeLiN said...

like it =)

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
 
;