29.4.10

Tiga tahun yang singkat ~7~

Pejam celik..pejak celik, perjalananku sebagai seorang mahasiswa di Universiti Putra Malaysia (UPM) akan berakhir secara rasminya pada 29 April 2010..tak sangka masa begitu pantas berlalu..bagai baru semalam ianya bermula. Imbas kembali saat mendapat tawaran meneruskan pengajian di UPM dalam bidang Sains (Alam Sekitar), memang aku gembira kerana impianku untuk ke menara gading termakbul jua. Bidang ini memang pilihan pertamaku dalam senarai lapan pilihan bidang pengajian semasa UPU. Apa yang bermain di benak fikiranku ketika itu, “UPM?jauhnya…ALAM SEKITAR??erm” blur sekejap kerna tiada pengetahuan sangat tentang bidang ini. Tapi aku redha dengan ketentuan takdirNya. 

1 Julai 2007.. Hari pendaftaran..titik permulaanku sebagai pelajar Kolej Tun Perak, Fakulti Pengajian Alam Sekitar dan juga UPM..bermula dengan minggu orientasi (Minggu Perkasa Putra) dan seterusnya proses menuntut ilmu dari semester ke semester telah mengajarku dan mengenalkanku pelbagai perkara serta mengajarku menjadi manusia yang lebih berdikari dalam mencari identiti dan kesempurnaan diri. Di bumi UPM ini, aku bermula dengan merangkak, bertatih kemudian berjalan dan sekarang aku sudah mampu berlari dengan tersenyum lebar. Bukan sekadar akademik malah aku juga ilmu memberi dan menerima, menghargai ukhwah yang terjalin dan penting sekali merasai bagaimana kehidupan berada di bawah pabila telah berada puncak sebelum ini. Pengalaman yang takkan dilupakan dan akan dikenang sepanjang hidupku selepas ini. 

Misi untuk mendapatkan segulung ijazah hampir sempurna insya Allah..sekalung penghargaan ku tujukan pada para pensyarah yang gigih mencurahkan ilmu tanpa kenal erti jemu..yang pasti masa yang telah berlalu takkan dapat diundurkan semula tapi jasa mereka serta jejak ukhwah antara aku dan mereka yang bercambah di bumi UPM ini akan tetap berkekalan hingga akhir hayatku. Mereka disini adalah rakan sekelas ku Bacelor Sains (Alam Sekitar) 2007-2010..mereka, rakan di blok Kasturi serta Kolej Tun Perak..dan juga mereka, rakan yang pernah aku kenali secara tidak langsung. Kalian semua adalah yang terbaik antara yang terbaik di luar sana. Aku doakan kalian berjaya dalam haluan hidup masing-masing. Dalam setiap pertemuan tetap ada saat perpisahannya..Kerana Allah kita ditemukan..Andai terpisah itu sudah ketentuanNya.

~MeLin~
29 April 2010; 1:52 AM

2 comments received:

Anonymous said...

feeling seorang pelajar tahun akhir di semester terakhir dan ambang minggu terakhir yang akan menduduki kertas peperiksaan terakhir.
haha.
good luck for the future.

MeLiN said...

tq lily =) all da best 2 u too

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
 
;