9.6.10

Mentor 4 TV3 ~23~

Hai semua..assalamualaikum dan salam 1 Malaysia :)


Ha,kali nie nk kongsi minat terbaru aku sejak menganggur nie..jeng3. Sebenarnya aku sekarang setiap hari Ahad jam 9 mlm pasti akan berada di dpn TV sbb nk tengok....


Mentor di TV3 sudah masuk musim ke 4 dan kali nie mentor2 nya terdiri daripada...
dari kiri: Joe Flizzow, Ziana Zain, Dayang Nurfaizah, Mas Idayu (juara MENTOR 3), Mus May dan Azmeer.


Sebenarnya aku nk kongsi protege "favourite" aku dalam Mentor 4. Protege yang dimaksudkan adalah seperti di bawah..(surprise2)


Inilah Nani bersama mentornya, Azmeer


Kenapa aku suka dan minat dia?? Senang ja, aku minat Nani kerana dia mempunyai pakej sebagai seorang artis..Dia mempunyai raut wajah yang cantik dan suaranya juga lemak merdu. Ada yang cakap suara dia iras2 Azaharina tapi secara peribadinya aku tak merasakan sedemikian kerana suaranya memang tidak meniru mana2 artis yang dh terkenal. Suara ori ok!!tak main r celup2.hahaha. Kalau nk tau lebih lanjut profil Nani silalah layari laman web ini MENTOR 4 (klik sini ya).

Buat pengetahuan semua, Nani dan seorang lagi protege yang jdi "favourite" aku jugak adalah Ila bersama mentornya, Joe Flizzow telah melayakkan diri ke peringkat separuh akhir mewakili kumpulan A. Pada pusingan pertama dan kedua, Nani kurang menyerlah berbanding Ila dan Shak (protege Mas Idayu) kerana masalah kesihatan yang dialaminya tetapi aku sangat gembira pabila Nani bangkit pada pusingan 3 yg merupakan pusingan penyingkiran. Dan lebih manis Nani memenangi pusingan ke 3. Aku dah dapat jangkakan Ila mampu ke separuh akhir tetapi peluang Nani agak 50-50 kerana Nani mencatat markah terendah pada pusingan 1 dan ke 2. Namun tuah manusia siapa yang tahu kan..akhirnya nasib memihak kepada Nani (yeah!). Jadi buat protege lain..ingatnya jangan memandang enteng bakat dan kebolehan Nani.

Harapan aku, agar Nani mampu meneruskan kebangkitannya dengan mempamerkan vokal dan persembahan yang menarik dan mampu memukau dan memikat hati para pengundi, juri2 awam dan pling penting juri2 profesional. Kalau boleh nk lihat Nani di pentas akhir MENTOR 4 (^_^)

Konsert pengenalan
Pusingan 1


Pusingan 2


Pusingan 3 (konsert penyingkiran kumpulan A)


psst: aku terlalu minat Nani sampaikan rewind banyak kali lagu yang dinyanyikannya setiap hari dan juga sampaikan Nani telah masuk ke dalam mimpiku..ngeh3 :)
~MeLin~

0 comments received:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
 
;