18.11.10

Sabar hadapi ujian-Nya

Alhamdulillah Ya Allah kerana memberikan lagi peluang untuk ku bernafas hari ini.

Hidup ini adalah ibarat roda, kekadang kita berada di bawah kekadang kita berada di atas. Dalam kita menjalani kehidupan kita sehari-hari kita pastinya akan diuji.


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta. " (Surah Al-Ankabut: ayat 2-3)

Allah S.W.T. menjadikan manusia dalam keadaan yang berbeza beza sama ada diberi kesenangan, kesusahan, kelemahan, kemiskinan, kelaparan dan sebagainya. Setiap yang diturunkan adalah untuk menguji keimanan seseorang hambaNya.


Orang-orang mukmin yang diuji dengan berbagai-bagai kesusahan hidup di dunia dan bersabar menghadapinya akan mendapat kedudukan yang mulia disisi Allah S.W.T. Orang yang demikian beroleh pahala yang lebih tinggi daripada orang-orang yang mengerjakan ibadat lain.

"Demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." (Surah Al-Baqarah: ayat 155)

**sedang tabah menghadapi ujian dunia. Barang yang lepas usah dikenang lagi. Segalanya hanya pinjaman buat kita dan pemilik kekal segalanya adalah Ya Rabb**

0 comments received:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
 
;