11.2.11

Andai dapat ku undurkan masa

Jika masa boleh diputar kembali, aku memilih mahu kembali ke zaman matrikulasi dulu iaitu masa aku belajar di Kolej Matrikulasi Perlis, Arau (KMP) :D

Kenapa zaman matrik? masa kt KMP dulu itulah kali pertama merasai duduk asrama dan bermakna duduk berjauhan dengan keluarga. Bajet cam jauh la sangat kan Beseri dengan Arau tu.Hahaha. Kali pertama jugalah aku berdikari duduk dengan rakan-rakan kenalan baru daripada pelbagai negeri di Malaysia. Perasaan mula-mula masuk tu cuak beb sebab aku nie lambat mesra dengan orang yang baru nk berkenalan. Nasib la batch aku masuk ni ramai jugak ex-dermarian yang masuk KMP. So, tak dak la nak risau sangat :)

Macam macam sebenarnya zaman matrik ni mengajar aku. Aku belajar kenal sikap dan nilai perangai orang, belajar bergaul dengan orang dari negeri lain selain Perlis, belajar menyemai semangat setiakawan dan saling perlu memerlukan satu sama lain dan lain-lain :)

Kalau bercerita bab kenangan, aiseyman banyak kot pengalaman pahit dan manis. Memori suka dan duka tapi tak best la nk bercerita bab duka dan pahit kan. Kenangan manis yang aku paling ingat dan akan selalu dikenang ialah pengalaman aku dan kawan kawan aku blok Umi Salamah (Blok B2) menubuhkan pasukan futsal bernama Red Riding Hood FC (baik punya nama!). Team futsal ini ditubuhkan bersempena menyertai pertandingan futsal antara blok kediaman di KMP. Yang lagi dahsyatnya aku jadi penjaga gol beb! Caya tak? Hahaha. Walaupun team kami hanya berjaya menduduki tempat ke-4 dalam pertandingan tu tapi yang betul betul menyentuh hati aku adalah semangat yang ditunjukkan oleh rakan-rakan sepasukan dan juga tak lupa penyokong blok B2 yang turun memberikan sokongan kepada team Red Riding Hood. Jelas ketara semangat bantu membantu dan saling memerlukan terserlah dalam pasukan kami. Itulah antara kenangan paling best dan rock beb antara semua kenangan terindah yang lain yang telah tercipta di KMP!

Bila ingat KMP hati mesti jadi sentimental dan mulalah layan lagu-lagu mengusik jiwa seperti Kenangan Terindah by Samsons. Masa zaman matrik jugak aku ingat lagu-lagu yang tengah femes seperti lagu Dewi, My Heart, Pencinta Wanita, Kerana Wanita Ingin diMengerti, Janjiku, Bila Diri Disayangi(lagu evergreen), Pastikan (lagu CT beb) dan banyak lagi lah. Yang tersenarai ni antara lagu yang sinonim dengan halwa telinga aku. HaHa :)

Dulu port lepak aku dengan kawan kawan kat aras 3 kalau xdak keja adalah di suatu tempat yang kami gelarkan "hujung dunia". Nilah port kami ramai-ramai dok usha orang lalu lalang. pasangan couple pun ada. Ops! hahaha. Zaman remaja nakal-nakal camtu la. Ngeh3

**tengah angin rindu pada kawan2 KMP sebab ada mimpi kalian, hope leh gathering balik, jumpa suma nanti** ^_^

1 comments received:

NueLz said...

muahahha...hujung dunia!!!hey, red riding hood!! im the striker n captain~

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
 
;